MAKE UP TAHAN LAMA TIME TENGAH PANAS
Hi Assalamualaikum dari Cikgu Online Hot uolls!
Cikgu just nak cakap, zaman sekarang bebudak semua cantik2 belakaq. And sure almost semua mesti pandai make up kan. If tak pandai make up sekalipon at least tahu basic make up sikit2. Yela cikgu tengok sekarang orang perempuan mesti nak bermake up bila keluar rumah kan. Tebal atau tak je hehe..
So, today cikgu nak share tips make up tahan lama (walaupon diri ni takde la pandai sangat make up kan ekekeke).. Almaklumlah, negara Malaysia ni sekejap panas sekejap hujan. Tapi most of the time panas memanjang kan. Mesti masing2 takmau make up uolls cair. Lagi2 makan masa lama nak bermake up plus pula guna make up MAC gitu katanya hehe
10 TIPS MAKE UP TAHAN LAMA by CIKGU ONLINE HOT
1. Guna Oil-Free Moisturizer
Moisturizer ni penting tau dalam make up rutin tak kesah la cuaca apepon. Itu basic skincare. Time panas, biasanya kulit kita akan keluarkan banyak minyak so lebih baik guna moisturizer yang ringan dan oil-free.
Contoh : OIL-FREE MOISTURIZER MARY KAY
OIL-FREE MOISTURE NEUTROGENA
2. Jangan Lupa Pakai Sunscreen
Untuk oil skin better jangan pakai sunscreen yang combine dengan CC cream. Tak kesah la uolls nak guna berapa tinggi SPF pastikan pakai ye bila keluar rumah. If panas and terdedah lama under the sun better guna SPF tinggi dan rajin letak every 3-4 jam. Yela UV sekarang kan macam tak boleh bincang tingginyer huhu So we need protection dari kulit sunburn and ada dark spot lagi2 pakai make up.
Untuk cari sunscreen yang ok musim panas dan nak bermake up better cari yang non-greasy and light-weighted sunscreen.
Contoh : SHISEIDO SUNSCREEN SPF42
LOREAL UV PERFECT SPF50
3. Gunakan Primer untuk Make Up Tahan Lama
Primer ni memang really work wonders untuk lekatkan make up dekat muka. Macam magnet gitu.
Cari primer sesuai dengan kulit sendiri tapi bagi cikgu time musim panas nak make up long lasting baik guna yang oil-free la. If uolls pakai primer nampak over shiny better cari yang jenis matte primer gitu.
Contoh : NYX OIL-FREE PRIMER
LOREAL MATTE PRIMER
4. Gunakan Less Foundation
Time panas of course la nak kena guna make uip yang light2 je termasukla foundation. Letak concealer yang jenis cream dekat certain part then touch up guna foundation ke or bole guna yang full coverage tapi buat muka tak berpeluh time panas. Maintain je.
Contoh : MERMATTE PRO COVERAGE FOUNDATION
NARS LONG WEAR FOUNDATION
5. Gunakan Matte Foundation dan Loose Powder
Dua2 ni paling penting digunakan untuk pastikan make up mampu bertahan berejam.
Matte foundation ada bahan yang boleh serap oil dan membantu la juga sikit untuk control oil berlebihan yang produce kat muka nanti.
Contoh : MERMATTE MATTE FOUNDATION
LOREAL SEMI MATTE FOUNDATION
Loose powder boleh maintainkan muka supaya tak bercapuk, tak nampak muka oily dan boleh matte and neutralkan kulit muka.
Actually step ni recommended la untuk yang oily skin. Nampak matte je muka. If dry skin pakai concealer and foundation pon da cukup.
Contoh : MERMATTE LOOSE POWDER
LOREAL LOOSE POWDER HYDRA PERFECT
7. Guna Waterproof Eyeliner
Ni time panas ni, if pakai eyeliner better cari hat yang waterproof kalau tak mencair laa eyeliner. Nampak coimot bila berpeluh. Pastikan smudge-proof waterproof eyeliner ok. Tak kisah hat liquid ke, gel eyeliner ke or pencil. Kalau cikgu, cikgu tak pakai la eyeliner. Pakai time pi event je.
Contoh : MAYBELLINE LIQUID WATERPROOF EYELINER
LOREAL SUPER LINER GELMATIC SMUDGE PROOF
8. Gunakan Waterproof Maskara
Ni time berpeluh if salah guna maskara abes la make up korang bercapuk tompok lagi. Da jadi scary lady tau. Cikgu pernah je jadi camni lagi2 time nangis huarghhhh tengok balik gambar paparazzi tangkap berhuhu jekla. Sejak itu, maskara yang ada dalam collection all waterproof and mostly gel. Senang!
Banyak da sekarang produk waterproof mascara nih. Pi je watson hang cari waterproof takpon nak support usahawan local, pi google or search kat FB or IG.
Kalau macam cikgu, cikgu da siap perm lentiks kebabom. Tak payah guna maskara da settle ekekeke. Perm tahan 4 bulan nanti touch up balik agak2 da lentur ye. Jangan guna extension tau. Selain susah jaga tak sah solat nanti.
Contoh : LOREAL LASH PARADISE MASCARA WATERPROOF
MAYBELLINE SENSATIONAL WATERPROOF MASCARA
9. Letak Loose Powder Sikit Dekat Eyebrow sebelum Lukis
Yes. Sounds like crazy kan! Tapi ni boleh maintainkan eyebrow uolls kasi elok selain letak foundation lepas lukis. Haa gitu.
Letak sikit2 je tau loose powder tu. Guna Loose Powder MERMATTE je senang, ringan dan murah tau ekekeke. Nak bagi eyebrow tu lekat and time lukis takdela slippery gitu. Haa lepas tu lukis dengan eyebrow pencil. Senang nak lukis!
Contoh : MERMATTE EYEBROW SUPER EASY
FRAMED EYEBROW PALLETTE SASA
10. Setkan Muka dengan Long-Lasting Spray
Hat ni hang ingat pengantin and model je ke boleh pakai. Kita yang biashe2 ni perlu pakai tau. Bunyi macam renyah kan semua nak sapu. Tapi, spray ni la buatkan make up kita maintain, nampak helok, terasa macam cair je berpeluh tapi muka maintain, make up helok lagi.
Haa ni la KEY dia. So before keluar pi hangout da makeup cantik2 laburkan duit sikit sembur spray long lasting ni. Sampai kie petang orang lain macam mak jemah kau helok cantik je lagi make up nya. Haa gitu!
Macam cikgu siap spray effect glow lagi. Muka nampak shiny tp tak berminyak. Glowing gitu pipi nyer hehehe orang tengok cantik je ecececeh
Contoh : NYX MATTE FINISH MAKE UP SPRAY
MAYBELLINE LASTING FIX
Haa itu saja tips2 dari cikgu online hot korang nih..
Next tips lain lak cikgu bagi okeh. Dapat idea cikgu share.
Nah belanjer gambar muka duduk rumah lama huhuhu
Habis comot! Haiyak!
Cikgu make up simple2 je sekarang sebabnya pakai mask kan. Mau bertambah naik jerawat nanti huhuhu
If u guys nak produk MERMATTE ni boleh roger MERMATTE HQ
Cikgu suka betul foundation dia. Paling best antara banyak2 foundation yang cikgu pernah pakai.
Ok cikgu chaw.. Jangan lupa share dekat kenkawan. Or nak tips lain ke nak tambah tips lagi boleh komen di bawah gitu.
Bye kesayangan cikgu..muahxx
Comments
Post a Comment